24.4.10

Novel Cinta E'wan

Genre : Novel Popular
Penulis : Md. Nazire Ibrahim
Penerbit : Penerbit Sophia
No. ISBN : 978-967-5730-00-9
Halaman : 480 m/s
Kandungan : 49 Bab
Harga : RM 20.00 (Tawaran Istimewa / termasuk penghantaran)
Hubungi :
e-mail - catalystprint@yahoo.com
- cintaewan@yahoo.com

SMS - 019 271 3458
- 017 848 5976

Nota* - Novel ini sudah terdapat di kedai buku Minerva dan Pustaka Mukmin, Jalan TAR, K. L


Sinopsis

Eh Chuan, seorang pemuda berbangsa Siam yang jatuh cinta dengan Kartini, perempuan yang dalam satu desa di kawasan pendalaman. Cinta yang lahir sejak bangku sekolah dianggap sebagai cinta monyet oleh sebilangan kawan-kawan. Namun Eh Chuan tidak pedulikan kata-kata itu kerana dengan Kartini Eh Chuan dapat rasakan hidupnya lebih terarah di samping mula berjinak-jinak dengan agama Islam.

Sewaktu cinta mereka mula mekar, Eh Chuan dan Kartini menghadapi tentangan terutama daripada keluarga Kartini. Ayah Kartini merupakan seorang imam yang disegani ramai, lalu memisahkan Kartini dengan Eh Chuan. Ketiadaan Kartini di desa menyebabkan Eh Chuan lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan yang menjadikan Eh Chuan lebih bebas dan nakal.

Walaupun Kartini jauh dan Eh Chuan leka dengan aktiviti bebasnya tetapi ketiadaan Kartini di desa sangat-sangat dirasakan Eh Chuan. Terasa hidupnya tidak lengkap bila berjauhan dengan Kartini. Dalam diam-diam Eh Chuan menjejaki Kartini di bandar dan akhirnya mereka bertemu kembali serta menautkan cinta baru yang lebih matang dan segar tetapi secara sembunyi.

Kehidupan Eh Chuan menjadi lebih teratur dan bermotivasi selepas cintanya kembali didakap Kartini sehingga berjaya menjejakkan kaki ke IPTA. Di kampus Eh Chuan nekad menukar agama kepada Islam dan namanya kepada Izwan walaupun mendapat tentangan yang hebat dari keluarga terutama ibunya. Sebelum itu, keluarga Eh Chuan dan keluarga Kartini berperang besar kerana seekor anjing.

Lama berjauhan dengan Kartini menyebabkan Izwan terperangkap dengan cinta seorang siswi, Mashitah. Hari demi hari bersama Mashitah menyebabkan dirinya semakin melupakan Kartini. Kartini pula tetap setia dengan cinta Izwan walaupun masih menghadapi tentangan keluarga. Kartini dipaksa kahwin oleh abangnya, dan Izwan pula mula terpengaruh dengan dadah.

Apakah yang berlaku? Bagaimanakah pengakhiran cinta mereka?


Dapatkan Naskah Anda Dengan Tempahan Awal.

13.4.10

It's late in the evening
she's wondering what clothes
to wear
She puts on her make up
And brushes her long
blonde hair
And than she asks me
"Do I look alright"
And I say "yes, you look
wonderful tonight"
We go a party
And everyone turns to see
This beautiful lady
That's walking around
with me
And then she asks me
"Do you feel alright"
And I say "yes, I feel
wonderful tonight"
I feel wonderfull
Because I see the love light in
your eyes
And the wonder of it all
Is that you just don't realize
How much I love you
It's time to go home know
And I've got an aching head
So I give her the cars key
She helps me to bed
And then I tell her
As I turn out the light
I say "my darling, you were
wonderful tonight"
"Oh my darling, you were
wonderful tonight"


12.4.10

bulan sabit muncul lagi di kala gua masih pening...

Hai si bulan sabit!

Apakah berita yang kau bawa?


entah-entah gua nak kena loteri kot...
jangan kena dah ler

11.4.10

bulan sabit yang sebelah kiri gua tersenyum tegap di langit ketika kabut fajar perlahan-lahan menjelma di balik senandung malam berpusar-pusar membelah keheningan bunyi alam bersahutan mengikut deraian bayu dengan senyap berbisik kepada tanah menyambar alunan semerbak gurih api menikam lautan jauh kembara seroja menawan kejora masih riang ketika teman masuk air rebah kudus menanti bangkit pulang bina daya urusan segala panji kalam embun jelma

katakan apa saja....
gua sudah pening

6.4.10

aku tidak berbuat apa-apa
kerana diam
diamku yang diam

aku tidak mendapat apa-apa
kerana diam
diamku yang diam

aku tidak perlu apa-apa
kerana diam
diamku yang diam

aku tidak mahu apa-apa
kerana diam
diamku yang diam

aku tidak terguris apa-apa
kerana diam
diamku yang diam

aku tidak 'ter'apa-apa
kerana diam
diamku yang diam

diamku yang diam
kerana diam
aku tidak apa-apa


dah ler....
bisu kang

1.4.10

oh....

ah....

28.3.10

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan kyusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

(Dato' A. Samad Said)

25.3.10

Izwan mengunci pintu bilik. Hanya dia seorang di rumah, yang lain sudah ke Kajang memeriahkan meja snooker di sana. Lampu bilik di padam dan dia memetik suis kipas berpusing sederhana. Asap rokok memenuhi ruang bercampur dengan pelbagai bau yang tersedia di bilik itu. Jari memasang CD, kompilasi lagu-lagu terbaik kumpulan Search yang tersedia di perakam itu. Perlahan berkumandang memecah keheningan bilik. Izwan terlentang di tilam dan fikiran yang khayal jauh pergi mengikut alunan lagu-lagu. Jauh mengenangkan Kartini, jauh juga terkenang Mashitah. Membiarkan sahaja batinnya menerawang sehingga ke Fantasia Bulan Madu. Berarak ke Mentari Merah di Ufuk Timur. Terbang jauh ke bintang Kejora.
tidak kah engkau....

terima kasih
menjadikan aku kawan

terima kasih
menjadikan aku lawan


berapa banyak terima kasih daaaa

23.3.10


Deraian hujan menitis laju memasuki atmosfera minda terulung daripada abad usia menjangkau malam. Lewat dinihari suara dari angkasa memancar sinar luruh di dedaun waktu semakin berlari naik dan turun membawa dunia terjun air deras puncak gunung berlabuh asyik pulau cinta menganyam buih-buih rindu pepohon kasih.

Tunas-tunas cinta sudah maju.
Selangkah demi tapak hadir memeluk syukur nikmat anugerah alam. Denai cinta mula berlopak...

22.3.10

Izwan sampai di rumah ketika hari sedang memasuki hening petang, bayu desa lembut membelai mesra menyentuh pohon-pohon dan dedaun melambai-lambai menyambut kepulangannya. Desa yang lama di tinggalkan, seperti sudah terlalu jauh di tinggalkan. Jernih air sungai menyiram batu-batu menyapanya ketika melintasi gertak usang yang bernyanyi-nyanyi sewaktu tayar motosikal memijak kayu-kayu yang terdampar kesepian. Anak-anak seluang berkejaran di gigi-gigi air. Sedang pepatung terbang menjentik-jentik lemah di air tenang. Burung-burung bebas melayang menyanyi riang di udara dan ada yang merengek-rengek di sarang. Unggas-unggas petang bersiul-siul kegirangan seperti ada yang menjentik galak mendendangkan lagu-lagu alam. Sungguh tenang dan permai desa ini.

Tetapi apakah yang dapat menghibur hati Izwan? Husin masih di Singapura, Mashitah bukan di sini tetapi Melaka. Kartini sudah berhijrah ke Kota Bharu, Eh Chan pula sudah pergi jauh buat selama-lamanya. Dengan siapa lagi dia boleh membelai jiwanya, kosong, sepi teramat sepi. Tiada siapa lagi di sini, tinggal hanya kenangan-kenangan yang selalu menjelma pada malam-malam sebelum mata menutup lena. Keseorangan, kesit di mana-mana. Ketika di luar rumah Husin dengan Eh Chan yang di cari. Ketika di dalam rumah Mashitah dan Kartini yang menjenguk hati. Tersiksa.

21.3.10

sesekali renungilah mata
dalamnya ada makna

sesekali tiliklah hati
di situ banyak erti

sesekali pandanglah wajah
pasti ia berubah

sesekali imbaulah diri
kerana akan pergi

sesekali jenguklah alam
camkan siang atau malam

sesekali hadirlah
Insya-Allah

sesekali tengoklah dompet

Ada ke tak?

20.3.10

Sejalur cahaya semakin menebar luas mendakap cinta. Bersumpah atas nama cinta lestari memayungi bugar rasa diam kelu melahir harapan.

Ah.... hari pun semakin keluar.

19.3.10

Sebuah kelahiran dari lena yang panjang. Pasti, teramat pasti tangan dunia ini masih mahu menyambut kembali. Cinta dari hati yang tidak pernah mati. Berkelana jauh ke pelabuhan kasih tanpa tepian. Mujur, kendati pun masih belayar namun sisa-sisa peninggalan memberatkan sebuah impian zaman yang sudah semakin bertukar. Berubah dari setiap ufuk seni hidup, membilang rona-rona semalam di kejauhan. Jauh, teramat jauh. Mesti bukan kembali lagi kerana waktu membolak balik derauan cinta berliku-liku pasang surutnya. Indera di maya menguak sebumbung cinta bercelak menari-nari lenggok-lenggok lampau menusuk kelamin alam.

Nakhoda mencari arah hilang lemah menyusur puing-puing batu menikam-nikam jiwa trauma berbisik berlagu kicau gemersik dunia. Lemah kepacungan bara masih menyala.